Aktif dalam Perkasa Mat Rabi Abu Samah

Selepas bersara beliau menjadi ahli dewan tertinggi kumpulan pendesak Melayu Perkasa. Tindakan beliau menyertai Perkasa tidak direstui rakan-rakan malah terus dikutuk.[3]

Baru-baru ini , 'Senaman punggung' oleh sekumpulan pesara tentera depan rumah Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai "penzahiran semangat" dan manifestasi kekecewaan terhadap pengerusi bersama Perhimpunan Bersih 2012 itu.Perkasa berpendirian bahawa "protes burger" dan "senaman punggung" di luar rumah Ambiga lebih bermakna daripada Perhimpunan Bersih 3.0. Perkasa juga akan memberi bantuan guaman kepada dua anggota polis berpangkat konstabel yang didakwa di mahkamah atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah ke atas peserta BERSIH pada 28 April 2012. [4]